.
Diary of A Sick Kid
Saturday, June 4, 2011 @ 5:38 PM
Lepas je kakak aku selesai nikah kat masjid semalam
(Jumaat), aku pon tolongla sikit-sikit kat rumah utk makan-makan ,lepas semua tu siap, aku baring la dekat ruang tamu, ramai sedara aku kat situ jugak, aku bantai tidur, sekali bangun-bangun semua tengah tengok aku, adushh, aku naikla bilik, pegi sambung tidur, dalam pukul 11 tu aku bangun sebab ayah aku kejut nak balik rumah lama, aku pon bangun, sekali perut aku sakit , angin menembak sana-sini, tapi aku ingat sakit perut biasa je, so aku balikla macam biasa, and terus sambung terbungkang kat rumah lama.
Besoknya
(Hari Wedding) aku bangun, perut sakit gila kuasa tiga, takleh buat apa, aku melepas kat tandas pon takde effect, nasib baik mase tu pagi lagi, aku ckp ngan mak aku nak pegi clinic, so pegila.. doktor tu ckp aku kene gastrik, lol ftw, hari wedding ni jugak aku kene gastrik, doktor tu cek2 aku takde demam pon , tapi gastrik je, so dia bagi ubat gastrik and air garam je, so aku pegila rumah baru ,jumpe sedara and makan sarapan, makan ubat, perut aku makin lama makin elok,aku baring je lepastu.. tup tup bangun-bangun je kepala sakit gile, berat semacam, mak aku dah nak pegi wedding, so aku gagahkan diri jugak naik atas ,mandi. Macam dah ok sikit, pastu aku pakaila baju melayu ungu dgn samping, pegi naik kereta dgn mak aku, kakak aku dua orang duduk belakang sambil pegang bunga telur, sampai-sampai kat dewan uia, sedara dah ade kat dewan tu, aku pon salamlah, ramai yg ckp aku dah besar,haha padahal kat sekolah ,aku ni kecik je, hm, dah sejam lebih camtu,
Aina Farihah dan
Aishah Aliah kate nak datang nak tolong bagi goody bags kat tetamu, lepastu dorang datang, Aina dgn high heels dia sengaja je nak mengalahkan ketinggian aku,haha , Aliah dgn malu-malu dia tu, taknak ckp dgn aku, haha takpelah, asalkan dia datang, pastu aku guide dorang pegi meja makan, so dorang makanlaa, and then
Mazrienna sampai, dia kata Azreen tak sampai-sampai lagi,then dia pon makanla dgn Aina and Aliah, pastu aku pegi pintu depan dewan nak tngok-tengok manela tau
Azreen and
Munira dah sampai, pastu sebab dah penat tunggu, aku pegila temankan budak tiga orang tadi makan, sekali ade pulak budak yg dikenali datang bersama makcik beliau, iaitu
Aisyah Sabirah, haha mak aku jemput makcik dia, makcik dia ajak dia pegi wedding, dia taktau pon yg wedding yg dia dtg tu wedding kakak aku, tekejut bebeno muke beliau,haha , selepas beberapa minit yg agak lame, Azreen dan Munira pon tiba, tiba dari mana? Dari belakang pelamin, bukan pintu depan, hahaha malu malu la katenye -___-.
Haha sementara Aina and Aliah memberi goodies utk para tetamu yg meninggalkan majlis, aku pon bawak la Azreen and Munira tu pegi makan.. selesai dorang makan , aku bawak dorang pegi pintu depan dewan tu utk tolong junior dorang, Aina and Aliah tadi, pastu aku baru teringat yg
Nawwal and
Hafizha nak dtg , aku tunggula dorang, akhirnye dorang sampai, aku pon lepakla dgn dorang, tanye pasal si dia yg tak dapat dtg majlis sbb balik kampung, meja kitorang dekat je dgn meja kawan-kwan abg aku, sekali Ashman (kawan aku mase sekolah rendah and sekarang kawan abg aku) senyum kat aku and ckp "dah pandai kau sekarang" sambil tunjuk kt Nawwal, ftw? dia ingat Nawwal tu awek aku?ahaha aku buatlah sign pangkah kat Ashman, maknenye
BUKAN AWEK AKU, haha pastu badan aku mule makin lemah, and beberapa minit kemudian kakak sulung aku (Pengantin Perempuan) and suaminya ke dalam dewan dgn berprestijnya , semua org amik gambar bla bla bla aku tgh pening gile, bila kakak aku duduk kt pelamin je,aku just lepak dgn Nawwal tadi sambil thn sakit, tengok-tengok jam dah pukul 3, aku pegila solat kt surau dewan tu, mase rukuk tu bapak pening, solat mase tu memang terseksa gila, tapi aku tabahkan diri sampai tahiyat akhir, lepas je habis, aku baring kejap, rase cm nak mati pon ade, pastu aku gagahkan diri bangun and masuk dewan tadi balik, sampaila Nawwal and Hafizha kate nak balik, pastu dorang pon balik, dalam pukul 4 lebih camtu.
Azreen ,Munira and Mazrienna pon kate nak balik, tapi Aina and Aliah still rajin dgn kerja dorang, aku duduk je tepi dorang sambil tahan sakit kepala yg mcm nak gile ni, bila semua org dah balik, keluarga aku pon kemas-kemas dewan tu sikit, Aina and Aliah still duduk kat depan dewan tadi, aku pon baringla atas kerusi sambil gila-gila kacau dorang, aku mcm kene rasuk pon ade jugak,haha pastu dorang pon kate nak balik,..so dorang balikla dgn 6 goody bags setiap sorang yg mak aku bg,hahah penuh tgn dorang, lawak je aku tengok , haha, pastu aku pon balik rumah baru lalu terbungkang, tett tett malam tu macam dah nak elok sikit, mula start keluar peluh, pastu abg ipar aku bagi cool fever, benda utk demam tu, pastu aku balik rumah lama, pakai cool fever tu, and tidur, ..and harini, aku bangun, dgn peluh yg membanjiri diri, pegi mandi and sekarang aku tengah tulis post ni, dengan perut yg agak sakit and kepala yg sakit sikit.
Comments and Credits :
1.
Aina Farihah : Thanks banyak-banyak sebab risaukan aku semalam and tolong keluarga aku bagi goodies, Terima Kasih for coming :), and kakak aku puji kau sebab kau pandai layan budak.Haha
2.
Aishah Aliah : Thanks banyak-banyak jugak sebab tolong bagi goodies and pandang saye kejap-kejap semalam,haha risaukan saye ke? xD, haha, samelah, kakak saye pon puji Aliah sebab pandai layan budak :).
3.
Mazrienna : Thanks for tolong-ing bagi goodies and temankan Aina and Aliah makan,haha
4.
Azreen : Thanks sebab tolong, and sebab dah pandai cari pintu masuk belakang pelamin,haha xD
5.
Munira : Thanks for setuju-ing utk tolong last minute,haha
6.
Nawwal : Thanks for coming and sebab bagi info pasal si dia yg aku tak berapa kenal xD, ish kenapalah dia balik kampung kan?
7.
Hafizha : Thanks for coming too and sebab temankan Nawwal datang, kalau tak, dia taknak dtg,haha
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, terima kasih bebanyak kat korang yang dah banyak tolong aku semalam masa aku sakit , koranglah sahabat sebenar, beban sama dipikul , ringan sama dijinjing, haha xD, Thanks for lightening the burden and making my sister's wedding more prestige and went on smoothly. I'm glad to have friends like you, you and you. Tee Hee