.
Cerita Kau dan Aku
Wednesday, May 4, 2011 @ 8:13 AM
Harith: Siapa tu? Pergh muke boleh tahan bhaii xD
Danial: Tu Siti Syahireen lah,budak baru,dari SMK Teluk Pinang rasenye,aii bunyi lain mcm je, ade hati ke bang?Haha
Harith: Oh yeke..Huh? Mane ade daaa, aku main-main je, muke mcm ni nak tackle org? piraahh harapan aku nk dapat
Danial: eleh dalam hati nak tu , cakap jela wei,hahaha ingat aku tak tau
Harith: Ah takde-takde, dah aku nk pegi makan,~ketepi ketepi ketepi~,haha
Danial: Pegila kau melantak , aku nak try kawan si Ireen (Syahireen) tu, nama dia Aina, hahaha semoga aku berjaya
On the way to the Physics Lab
Harith: Woi! Tunggulah aku! Jgn ah kelam kabut sgt! Huhu
Jason: Wei chao lei ah, cepat sikit la, aiyoo
Harith: Sabo la ong tai kim, wa tengah ikat tali kasut maa
Jason: -___-“, nasib baik wa manyak reti kawal emosi lo, kalau tak.., huh, okay wa chow dulu
Harith: Woi! *Berlari laju mengejar Jason
Bukk*-Terlanggar Syahireen –
Harith: Opss sorry awak, saya tak sengaja, ..*sambil merenung mata syahireen
Syahireen: Takpe, saye pon salah sbb tak tengok depan, hee *senyum
Harith: *Dubdab jantung berdegup..”Pergh lawa gila dia ni, aku taktau nak cakap ape kat dia lagi ni”..
Syahireen: Awak kenapa terkedu je? Jantung stop berdegup ke? Haha main2 je ;)
Harith: Aaa..aaa..awak, saya terpaksa pegi Lab ni, sorry tau, erm, bytheway, nama saya Harith,nice to meet u J,see u later!
Syahireen: Ohh, takpe takpe, nice to meet u too J,see u later too! Harith ;)
Harith: *Berlari laju ke makmal sambil jantung berdegup pantas “Fuyoo bapak lah, ape kehe nya aku leh terketar-ketar kat situ,huhu bengapnye aku, peluang keemasan tu!,takpelah, nanti aku try cara lain xD”
Keesokan harinya
Harith: “eh syahireen ke tu?ha’ah la , dia! Yayay peluang ni xD”. *Harith berjalan laju ke arah syahireen. --Eh awak syahireen kan? Hee nasib baik saye jumpe awak lagi, eh,ops –“Ape benda aku ckp ni, adoi!”
Syahireen: Eh awak Harith yg semalam tu kan?nasib baik?haha kelakar la awak ni,
Harith: *Tergamam—“Wow, dia puji aku kelakar, alangkah indahnye hidup ini! T_T”
Syahireen: Awak? Kenapa termenung tiba2 ni? Ni mesti berangan pape ni kan?haha
Harith: Eh eh,mcm tau tau je, xD, awak, awak ade phone tak? Kalau ade, saya nak no boleh? Manelah tau kalau ade urgent nanti, senangla saye contact awak xP—“Harap-harap la berjaya !”
Syahireen: Baru kenal dah nak no phone? Haha awak ni mmg pantas bertindak, okay nah 0129876543,nanti awak missed call saye la ea,okay baii J, mak saya dah sampai dah tu..
Harith: Ohh kay thanks awak, I love you,haha…
Syahireen berlalu pergi tanpa sempat mendengar kata-kata Harith
Harith: Fuhh nasib baik dia tak dengar, ..Urgh I think I’m falling in love with this angel! Ahhhh xD it feels so goooood
At night on that day
Percakapan dalam bentuk message phone
Harith: Ni syahireen kan? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh xD, Ni saya , En. Aramugam, awak ade order gas kan? Alamatnye awak tak bagi, haha “ape kehe nya india bagi salam? Bodoh jugak aku ni,haha”
Syahireen: Waalaikumsalam warahmatulahi wabarakatuh J, order gas? Ade ade, tapi dua tahun lepas la, takkan sekarang baru nak hantar,haha, nama penuh awak En. Aramugam Harith b. Karupaya kan?Haha
Harith: Huiyoo, hebat ,haha mane tau name penuh I ni? Mike ni kan, pepandai je main teke name awok~, haha save tau no awok!
Syahireen: Yolah yolah, awok mmg pepandai je teke name mike, sebab awok ni, bekas peneka kebudayaan~, haha apenda tah, okay2
Harith: Haha pandai jugak awak ber-usop wilcha ye, tak sangke,haha
Syahireen: Ehh tu karakter kegemaran saya tu, haha awak pon same, tak kurang hebatnya ber-usop wilcha,haha
Harith: Hee, thanks :P, awak, tak sangkelah,awak dahla putih, comel, cantik, cute,pretty, beautiful, clever,baik , pastu awak tak buat saya happy! Thanks ;)
Syahireen: Woah takleh lagi banyak ke pujian tu? Haha saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan sedemikian rupa dan sedemikian attitude,hahaha Thanks so much, Harith J
Harith: Pergh ayat sastera,haha “uihh seronoknya kalau aku berjaya tackle dia ni”
Selepas beberapa minggu ber-message-ing dan berjumpa di sekolah, percakapan dalam bentuk message phone berubah menjadi begini..
Harith: Cause baby you’re a firework xD
Syahireen: Apendelah awak merepek ni awak,haha
Harith: Alah sekali-sekala bergurau senda sendi xD, kenapa tak boleh ke awak? :P
Syahireen: Boleh aje,haha awak ni kan, memang ,haha
Harith: Buekkk xP, awak, there’s something u need to know…..
Syahireen: What is it?
Harith: I love you.. I fell in love with you since the first time we met.. I’m sorry L.. “Lantaklah dia nk ckp ape pon,asalkan aku dah luahkan”
Syahireen: err..err..ermm,
Harith: Kenapa? Awak terkejut ea? Hmm takpelah, sorry to bother u..baii
No reply from Syahireen ever since, meskipun terserempak di sekolah, Syahireen akan melarikan diri dari Harith. Harith termenung keseorangan sambil bermain chords gitar di pondok di taman permainan sekitar rumahnya.
Harith: ~Menyesal ku akui, tak terlintas di hati , lalala~
WOI!
Harith: Oh mak kau suke Justin Bieber ,…. wei takyah ah terkejutkan aku !
Danial: Haha termenung jauh kau tadi, dah sampai mane dah? Marikh? dahla melatah, mane ade mak aku suke Justin Bieber,haha
Harith: Takdelah baru sampai International Space Station(ISS),kebiadapanmu terserlah disitu ye!
Danial: Apende Intanetonal Spes Stesyen tu? Haha biarlah aku biadab xD
Harith: ~Bukan Intanetonal Spes Stesyen,.. ‘International Space Station’~, ni la yg pentingnye English Education~
Danial: Pegi mampuih la dgn English Education kau tu, haha, bukan bawak ke syurga pon xD
Harith: Ciss ,haha pandai betul kau cari ayat,ceh,
Danial: Biaselah tu,kalau dah ade bakat,ape-ape pon bole buat,haha xD, kau ni pehal? Macam frust je tadi?
Harith: Kau tau kan aku dah try tackle Syahireen tu? Mule-mule dah rapat dah,tapi slack lepas aku confess je ,dia terus tak layan..hmm..mesti dia tak suke aku..
Danial: Adoi,kau ckp taknak tackle haritu,hahaha kantoi, erm entahla, chill la bro, mane kau tau dia tak suke kau, dia tak ckp kan?jgn main teke je.
Harith: Erm yela2, kau tau tak aku msg dia, aku tegur dia, sume dia tak layan, sakit tau hati saya ni awak?
Danial: yelah awak, mcm-mcm lah awak, eww geli gila,hahaha
Harith: Tau takpe, dahla, baik aku main gitar, aku main chords Talking to The Moon,Bruno Mars ,kau nyanyikan nak?
Danial: Boleh ajee, macam tau2 je aku nak tnjuk bakat kt taman ni,haha
Selang beberapa hari..
Dalam bentuk message phone
Syahireen: Hai.. Awak, sorry saya tak layan awak selama ni, saya just tkejut lepas awak ckp yg awak cinta saya..ermm, sebenarnya,.erm..
Malangnya Harith tidak memeriksa phone nya lalu tidak menyedari message dari Syahireen, namun keesokan harinya..
Harith: *Memeriksa phone-nya, “Alamak! Dia ade balas ke?, adoi kenapa aku boleh tak sedar! Dahla semalam lak tu, aish teruknya aku :’( ,baik aku balas!hmm”
Dalam bentuk message phone
Harith: Awak, sorry2 saya tak sedar ade msg, hmm, takpelah, saya dah agak awak akan respond mcm tu..erm? ye ade ape awak nk bgtau saya?
6 jam selepas itu
Harith: Awak? Kenapa tak balas ..risau saye tau.. awak, please reply, I need u now L
Selepas beberapa hari..
Syahireen: Awak, sorry sangat2, saya tak dpt balas msg awak sebab saye ..saye..hmm..sebenarnye..awak..saye syg awak jugak..tapi…
Harith: Awak, cecita je dgn saya wak.. ape sebenarnye yg awak nk bgtau saye.. haa? Heeeee ;) tapi ape?
Syahireen: Sebenarnye.. saya tak sihat.. saya sakit..saya rasa tak layak utk saya mencintai awak..
Harith: Awak sakit ape? Tak layak? Awak, awak ade mata kan? Awak ade hidung kan? Awak ade mulut kan? Ade kan? Maknenye kita same, takde bezanya awak.. awak, saya sayang awak walau siapa pun awak..
Syahireen: Saya sakit.. sakit.. erm..awak kene promise dgn saya awak takkan bagitau sesiapa..saya mghidap barah otak..doktor ckp, barah otak saye baru peringkat ke 3..dah nak kritikal.. saya kene selalu pegi check kat hospital ..hmm
Harith: haa?...............................barah otak? Ermm.. saya janji takkan bagitau siapa2, Dah nak kritikal? awak, takde ke doctor suggest pembedahan ke ape ke? Saya harap sgt kalau awak dapat sembuh ..
Syahireen: Kenapa awak tkejut sgt,,hmm… ade.. tapi parents saya tak mampu..kos dia terlalu tinggi, dalam RM50,000..
Harith: Saye just..hmm, takpelah, mahalnye! Awak, saye boleh mintak tlg dari parents saya.. awak, saya syg awak sgt2, saya tak sanggup tgok awak menderita sbb penyakit ni.. saya rindu sgt senyuman awak…
Syahireen: awak..tak payahla susah2 sbb saya..saya mmg dah tak layak nak hidup,..and saya mmg dah tak mampu nk senyum dah…
Harith: Kenapa cakap mcm tu? Tak elok tau awak..selagi hayat dikandung badan, saya tetap nak bantu awak sedaya upaya saya.. my heart belongs to you, and If u die, my heart will die too.. please,..awak.. saya nk tolong biaya kos pembedahan awak..
Syahireen: ermm,..maafkan saye,awak… thanks awak,..saye syg awak jugak..ermm…betul ke awak nk tlg biaya ni? Saya rase bsalah sgt..
Harith: Awak, I promise I’ll do anything , everything for you my dear…even if it costs my life..lagilah kalau pasal duit, parents saya mampu ,..dorang kaya.. awak jgn risau ea? J, and awak kene janji yg awak akan setuju utk pembedahan tu,ea?
Syahireen: Awak, terima kasih, ..saya rase bertuah sgt dpt kenal dgn awak.. saya janji saya akan setuju..erm..
Setelah mendapat persetujuan utk membantu membiayai kos pembedahan Syahireen daripada ibu bapanya, Harith amat berharap supaya Syahireen dapat hidup bahagia dan gembira seperti sebelumnya..
Hari Pembedahan
Harith: Awak, awak dah sedia dari segi mental dan fizikal serta rohani ke ni? Haha skemanye ayat
Syahireen: Ish awak ni, sempat pulak nak buat lawaknye, haha thanks for cheering me up ;)
Harith: Mestilah, I’m happy when you’re happy, dear ;), okay camane? Dah ready nak operate?
Syahireen: hee, , ready kot, insya’Allah.. awak, kalau pembedahan ni tak berjaya, saya takkan dpt hidup lagi ..kalau saya pergi nanti, saya harap awak tak bersedih tau..
Harith: Haa? Awak jgn cakap camtu! Semuanye terserah kpd Allah , awak mesti banyakkan berdoa, saya pon doakan awak sepenuh hati saya.. Awak, awak mesti ade semangat utk hidup.. tu yg penting, insya’Allah, awak akan selamat dan sihat J
Syahireen: Erm, maafkan saya.. mungkin sbb tekanan , saye jadi cmni.. erm..Ameen J, awak, saya syg awak sgt-sgt tau,.. ingat tu..awaklah lelaki yg paling istimewa dan terbaik pernah saya jumpe..
Harith: Erm, maybe..Ameen J, hee terima kasih awak.. kalau awak betul2 syg saya, awak janji yg awak jgn berputus asa utk terus hidup tau!
Doktor Ihsan: Maaf menganggu, diminta pesakit perempuan dapat masuk ke bilik pembedahan segera,.
Syahireen: Baik doktor.. awak , terima kasih banyak-banyak sbb awak dah tolong saya dan dah beri saya semangat utk hidup,..iloveyousomuch..
Harith: Erm,.. sama-sama, awak,.. selamat berjaya…iloveusooomuch too J
Syahireen memeluk ahli keluarganya serta melemparkan senyuman yang penuh makna kepada Harith sebelum memasuki wad pembedahan..
Harith: “Ya Allah, selamatkanlah Siti Syahireen, semoga pembedahannya berjalan dgn lancar tanpa sebarang cacat cela serta berjaya kanlah Syahireen utk menjadi sihat kembali seperti biasa ..Sembuhkanlah dia sepenuhnya dan dapat hidup bahagia seperti sebelumnya..Ameen”
Harith menunggu di ruang menunggu bersama ahli keluarga Syahireen serta ibu bapa Harith. Harith duduk diam membisu sambil menahan kesedihan dan kerisauan yang sedang melanda dirinya..lalu menitis air matanya ke peha ,tidak tertahan menahan perasaannya..Tidak semena-mena itu,dia terlihat sebuah kelibat seorang perempuan di hujung ruang menunggu itu..Dek kerana tertanya-tanya siapakah perempuan tersebut, Harith bangkit dari tempat duduknya lalu mendekati kelibat tersebut, alangkah terkejutnya apabila mendapati kelibat tersebut kelihatan seperti Syahireen ,terketar-ketar badan Harith ,tidak percaya apa yang dilihatnya sedangkan Syahireen sedang menjalani pembedahan, namun kelibat itu seperti melarikan diri dari Harith , Harith mengejar kelibat tersebut dalam keadaan separuh sedar..Namun penglihatannya semakin lama semakin kabur ,matanya tertutup rapat , badannya jatuh terkulai, terbaring lesu di pertengahan laluan hospital tersebut..
Selepas beberapa jam
Harith: *Sambil berusaha membuka matanya dalam keadaan terpinga-pinga—“ Kat mane aku ni? Ape dah jadi kat aku? ..aku tak ingat ape-ape langsung..yg aku ingat aku kejar kelibat Syahireen ..jap, macam mane dgn Syahireen?? Pembedahan dia berjaya ke tak?? Aku kene check keadaan dia skarang jugak..”
Harith bingkas bangkit dari perbaringannya lalu berlari ke arah wad pembedahan ,dilihatnya tiada sesiapa yg ada di dalam wad pembedahan tersebut, lalu diperdengarkannya suara tangisan ahli keluarga Syahireen dari arah luar wad pembedahan ,dgn keadaan terpinga-pinga dan risau,Harith keluar utk mendapatkan suara tangisan tersebut, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati sekujur tubuh ditutupi sehelai kain putih berada di hadapannya, mengalir lalu menitis air mata Harith dalam keadaan tersentak dgn apa yang dilihatnya..
Harith: Makcik, ..siapa ni? …*Sambil menunjukkan ke arah tubuh yang sedang dilitupi kain di hadapannya
Ibu Syahireen: Ni Syahireen , Nak,..maafkan makcik..Pembedahan Syahireen tak berjaya.. dia dah selamat menghadap Ilahi…
Harith: Haa? …………………….Astaghfirullahalazim..! Syahireen!!!
Dengan tidak dapat menerima ape yang berlaku, Harith berlari dgn lajunya tanpa arah tuju sambil mengalirkan air mata, lalu terlihatnya sebuah lohong hitam di harapannya dan tanpa sempat dia menghentikan lariannya, dia terjatuh ke dalam lohong tersebut lalu disedarinya tidak kelihatan mahupun sedikit bahagian daripada hospital yang dilihatnya sebelum ini, hanya yg dapat dilihatnya ialah cahaya putih menyelubungi setiap ruang meskipun apa yang dilihatnya sebelum terjatuh ialah sebuah lohong hitam.. dan tidak semena-mena kelihatan sebuah lembaga berpakaian serba putih, lalu disedarinya muka lembaga tersebut kelihatan seperti Syahireen dan tidak seperti sebelumnya, Syahireen yg dilihatnya kali ini lebih berseri dan sangat cantik seperti seorang bidadari..lalu lembaga itu berkata..
“Sesungguhnya apa yang dilihat Harith sebelum ini hanyalah gangguan syaitan semata-mata , sedarlah dari mimpimu dan kembalilah ke dunia nyata utk melihat apa yang sedang berlaku “
Dengan tidak semena-menanya terbangunlah dia dari mimpi buruknya, disedari bahawa dirinya masih duduk di atas kerusi di ruang menunggu hospital tersebut,..Dalam keadaan terpinga-pinga , Harith bingkas bangun lalu berlari ke arah bilik pembedahan dan pintunya masih tertutup rapat dan kelihatan seperti pembedahan masih sedang berjalan..lalu ditunggunya di luar bilik tersebut,..selepas 5 minit, pintu terbuka lalu keluarlah Doktor Ihsan dari bilik tersebut dan dalam keadaan tersenyum lebar, beliau berkata..
Doktor Ihsan: Harith, Tuan, Puan, Alhamdulillah dgn berkat dan izin Allah Subhanahu Wataa’la, pembedahan tadi telah berjaya dijalankan dan disempurnakan , Siti Syahireen telah selamat dan telah pulih sepenuhnya dari barah otak yg dihidapinya, namun dia masih belum dibenarkan utk keluar dari hospital utk pemeriksaan berikutnya..
Harith: Betul ke ni doktor?! .. Ya Allah ,sesungguhnya aku merasa amat bersyukur kepadaMu kerana telah memakbulkan doaku , aku berasa amat bersyukur Syahireen telah selamat dan akhirnya apa yg diimpikannya selama ini telah menjadi kenyataan, iaitu mahu sembuh sepenuhnya daripada penyakit barah otak yg dihidapinya itu..*dikatakannya sambil menitiskan air mata kegembiraan dan seribu tanda kesyukuran ke hadarat Ilahi.
Ibu Syahireen: Alhamdulillah doktor, terima kasih sangat-sangat sbb dah selamatkan nyawa anak saya..*sambil menitiskan air mata lalu memeluk suaminya
Doktor: Bukan saya yang menyembuhkan, Allah yang menyembuhkan, kita sebagai manusia, hanya berikhtiar dan berusaha, namun semuanya bergantung kpd takdir Allah S.W.T, ..Puan mahu melihat anak puan? Dia masih belum sedarkan diri tapi puan dibenarkan utk melihatnya.
Ibu Syahireen: Erm betul tu doktor, maafkan saya.. dah boleh tengok anak saya ke doktor? Baguslah, Harith, kamu mahu ikut makcik tengok Syahireen?
Harith: Mestilah makcik J,.terima kasih, hee
Di Dalam Wad
Ibu Syahireen: Nak,..alhamdulillah, Allah dan makbulkan doa mama, Ireen dah pulih sepenuhnya .. mama rasa bersyukur sgt..mama taknak kehilangan Ireen..*sambil memegang tangan anaknya yang masih tidak sedarkan diri
Harith: Syahireen, awak dah selamat.. saya harap awak masih ingat saya,. Hee, lepas ni bolehla kita lepak-lepak , bual-bual macam dulu ..
Tiba-tiba Syahireen kelihatan membuka matanya secara perlahan-lahan
Ibu Syahireen: Haa dah bangun pon anak mama sorang ni, mama risau tau tak..
Syahireen: eh,mama? Mcm mane pembedahan tadi?
Ibu Syahireen: Pembedahan tadi berjaya,Ireen,. Bersyukurlah kpd Allah tau, and terima kasih kat Doktor Ihsan, and jgn lupe , Harith dan keluarga dia yg tolong kita biaya pembedahan ni..
Syahireen: Berjaya? Alhamdulillah.. lepas ni bolehla Ireen makan banyak-banyak.. dah lama tak makan sedap-sedap, hee, Alhamdulillah ..Harith? Siapa Harith? Lelaki ni ke? *Sambil menunjukkan ke arah Harith.
Ibu Syahireen: Makan banyak-banyak? Sedap-sedap? Of course! Ha? Ireen tak kenal Harith?? Ireen hilang ingatan ke??
Harith: Awak tak kenal saya?? Biar betul?!,… Saya ni, Harith! Awak, takkan tak kenal kot! *Panik
Syahireen: Ohhh ni ke mamat yang Ireen jumpe dalam mimpi tadi, haha main-main jela Harith syg.. Ireen ingatlah..saje gurau-gurau.. sorry eaa…
Harith: Adoi, buat suspend je.. dalam mimpi? Mimpi Ireen mcm mane?
Syahireen: Mimpi tu penuh dgn warna putih, Ireen boleh ingat yg Ireen pakai baju serba putih, tapi Ireen tak ingat Ireen cakap ape kat Harith..
Harith: Biar betul? Tadi pon Harith dapat mimpi yg sama..maybe roh kita berjumpa kat sana kot..Hee.. Ireen lah yg dah bangunkan Harith dari mimpi buruk tadi..
Syahireen: Betul ke? Woahh tak sangke, mimpi buruk?haha kesian *sambil melemparkan senyuman yg sinis kepada Harith
Ibu Syahireen: Eh eh bila dah jumpe tak ingat dunia, jgn lupa mama ade kat sini, haha , gurau je, Ireen, Harith ni boleh tahan jugak handsomenya, baik, pemurah, penyayang, and yang penting, dia sayang Ireen, ..calon suami yg terbaik, Ireen tak berkenan ke?Haha
Syahireen: Hish mama ni, ade pulak ke situnya,.. Ireen muda lagi lah.. tapi apa yg mak cakap pasal Harith tadi ,takde yg salahnya…hee
Harith: Hish ade ke sampai ke suami-suami ni, adoi,haha janganlah puji lagi ,malu I *sambil tersipu malu
Syahireen: eh malu-malu pulak dia, hee, comellah :P..
Harith: adoi adoi comel pulak dah, haha, Ireen, Harith ada tulis lagu utk Ireen, nak Harith nyanyikan kat sini?
Syahireen: Boleh je, hee cepatlah, tak sabar dah ni nak hujan
Harith: Hish ,suara Harith sedaplahh.merdu bak kucing mengembek, .,hehe,dengar ea
I was young when I first saw you,
I close my eyes and the flashback starts I’m standing there,
On the corridor of the Physics Lab,
And you were there you’re smiling at me,
I felt so shocked and the cheer came out from me,
And the teacher said stop stucking there,
Get inside and show him what he’s given yesterday,
And you were smiling on the staircase,
Laughing of me because I’ve been scold,
And I said,
Blab bla bla..
Nak tau ending nya ? Tak payahla kot, Fairy Tale sangat,haha. Yang penting diorang hidup bahagia hingga ke akhir hayat.. macam tu lah yg korang nak kan? Takkan la aku nak tulis dua-dua dorang mati sebab accident kot, haha. Walau ape pon endingnya, pengajaran kat sini ialah, jangan pernah berputus asa utk meneruskan kehidupan,kerana ia adalah pemberian paling bernilai dari Allah S.W.T, So kepada sesiapa yang rasa diri dia tak bernilai and tak bermakna lagi, think twice, mati bukan sesenang yang korang sangka, malah beribu kali lebih sakit dari apa yg korang alami kat dunia ni, so, renung-renungkan, dan ..Selamat Beramal ! Wassalam.